tubetranscript.io

KelantanTV · Transcript · · Updated

📢 LIVE Sidang DUN Kelantan Hari 3/3- Sesi Pagi Soal Jawab- 13 Ogos 2026 – Transcript

Video by KelantanTV · Watch the original on YouTube

Summary

AI-generated from the transcript. Verify details against the source video.

  • Kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian serius terhadap agenda pendigitalan melalui Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Kelantan 2030.
  • Makmal Geimia Negeri Kelantan dilengkapi dengan peralatan analisis bagi menguji sampel elemen nadir bumi.
  • Industri madu kelulut di Kelantan berada di kedudukan pertama negara dalam pengeluaran madu kelulut.
Video thumbnail: 📢 LIVE Sidang DUN Kelantan Hari 3/3- Sesi Pagi Soal Jawab- 13 Ogos 2026
Source video on YouTube · Transcript generated automatically and may contain errors.

Use this video with Pro

Reading, copying and transcript downloads are free. Create saved AI results for this video with a signed-in Pro account ($9/month).

Transcript

Search ignores accents. All transcript text stays visible.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan kali kedua bagi tempoh penggal keempat Dewan Negeri Kelantan yang ke-15 hari ketika. Al-Fatihah.

Susunan urusan persidangan yang pertama doa. Auzubillahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Segala pujian itu bagi Allah yang memiliki dan memerintahkan seru sekalian alam yang maha pengasih dan maha adil kepada rasul-rasulnya rahmat dan kesejahteraan dan juga kepada sekalian orang yang taat dan kepercayaan.

Ya Allah ya Rahman, Engkau dengan tiga hikmat maha kebajikan telah meletak dan menanggung ke atas pemerintah dan ahli-ahli majlis pemesuaratan sebesar-besar amanah dan setinggi-tinggi kewajipan bagi mentadbir maslahat dan kebahagiaan pergaulan. yang meliputi sekalian penduduk negeri Kelantan dengan nikmat keadilan dan kemakmuran.

Ya Allah, Ya Rahman, Engkau telah perkenan dan pilihkan kami sekalian menjadi ahli Dewan Negeri Kelantan menyempurnakan kewajipan yang Engkau amanahkan bagi kebahagiaan rakyat Kelantan. Maka limpahkanlah taufik dan anugerahkanlah hidayah ketika kami berunding dan menimbang suatu masalah yang dibentangkan dengan telus ikhlas dan adil saksama. Mudah-mudahan bertambah-tambah kesejahteraan dan kemakmuran bagi sekalian penduduk negeri

Kelantan. Rabbana taqabbal minna innaka ant samiul alimiru dakwana anilhamdulillahi rabbil alamin ya rabbal Lusunan

urusan persidangan Yang kedua, soalan-soalan yang diberitahu. Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat jawapan mulut. >> Dipersilakan Yang Berhormat Limbungan. >> Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Datuk Speaker mohon soalan jawapan nombor satu. >> Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Limbungan yang mengemukakan soalan.

Qalallahu taala yutil hikmata yasya wam yutal hikmata faqad utiya khairan kairra wama yazzakkaru illa ulul albab.

Maksudnya Allah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang diberikan hikmah kebijaksanaan, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak.

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. Kerajaan negeri sememangnya memberi perhatian serius terhadap agenda pendigitalan Kelantan khususnya bagi meningkatkan kecekapan pengurusan tanah

dan mutu penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan kepada rakyat. Agenda ini dipandu oleh Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Kelantan 2030 yang menggariskan enam teras strategik termasuk pemacuan transformasi digital seketua awam negeri Kelantan.

Pelan ini menyasarkan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dari peringkat awal hingga akhir. Perluasan transaksi tanpa tunai.

Pengintegrasian sistem serta pemanfaatan data bagi menambah baik perkhidmatan kerajaan. Dalam urusan pengurusan dan pentadbiran tanah, kerajaan negeri telah menetapkan program untuk pertama memperluas pembayaran hasil tanah secara dalam talian melalui portal hasil tanah Kelantan

termasuk perluasan ke pejabat tanah dan jajahan kecil loging. Kedua, meningkatkan penerima gunaan sistem urusan tanah secara digital supaya semakan dan pembayaran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Yang ketiga, menggalakkan integrasi perkhidmatan tersebut dengan gerban rasmi perkhidmatan kerajaan, sistem pembayaran tanpa tunai dan pada peringkat seterusnya identiti digital atau Kelantan ID.

Bagi pihak berkuasa tempatan pula, tumpuan diberikan kepada perluasan perkhidmatan dalam talian yang mempunyai hubungan langsung dengan rakyat dan peniaga.

Program yang digariskan merangkumi pertama perluasan pembayaran cukai taksiran sewaan dan kompaun secara dalam talian termasuk melalui kemudahan My Kos di semua PBT.

Kedua, penambahbaikan sistem permohonan dan pembaharuan lesen premis perniagaan supaya dapat dilaksanakan secara dalam talian dan seterusnya bergerak ke arah perkhidmatan di semua peringkat.

Yang ketiga, perluasan penggunaan OSC 3.0 plus online untuk percepat urusan permohonan dan keluasan pembangunan. Yang keempat, perluasan penggunaan sistem pengurusan menara telekomunikasi di PBT. Dan kelima, mewujudkan sistem pembayaran petak letak kenderaan melalui

aplikasi mudah alih di semua PBT. Sekian, terima kasih. >> Silakan Limbong. >> Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas jawapan yang diberikan.

Semoga rakyat dapat menggunakan dengan sebaiknya. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah untuk memastikan aspek pendigitilan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi adalah mesra pengguna selamat dan digunakan secara meluas oleh rakyat dan komuniti perniagaan.

>> Terima kasih kepada Yang Berhormat Limbongan di atas soalan tambahan. Kerajaan negeri juga mengambil maklum bahawa dapatan indeks ekonomi digital negeri menunjukkan masih terdapat ruang untuk menambah baik penggunaan sistem dalam talian bagi cukai taksiran dan lesen premis perniagaan.

Oleh itu, tumpuan seterusnya bukan sekadar menyediakan sistem tetapi memastikan urusan boleh diselesaikan sepenuhnya secara dalam talian. Mesra pengguna selamat dan digunakan secara meluas oleh rakyat termasuk komuniti perniagaan.

Secara keseluruhannya, hala tuju digital Kelantan adalah untuk mewujudkan sesuatu untuk mewujudkan suatu ekosistem perkhidmatan kerajaan yang bersepadu, mengurangkan keperluan rakyat hadir ke kaunter, mempercepat kutipan hasil serta urusan kelulusan.

Meningkatkan ketulusan dan seterusnya memperkukuh kecekapan pentadbiran negeri serta pihak berkuasa tempatan. Kerajaan negeri akan terus menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program ini melalui struktur tadbir urus pelan tindakan ekonomi digital negeri Kelantan 2030 agar manfaat pendigitalan benar-benar

dapat dirasai oleh rakyat, komuniti peniaga dan semua pihak yang berkepentingan. Sekian terima kasih. >> Silakan celawat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar er apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kemahiran digital di kalangan penjawat awam di negeri Kelantan ini untuk menjayakan transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Adun Jelawat yang mengemukakan soalan tambahan.

Kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan program penggerak transformasi digital termasuk latihan keupayaan dan kompetensi kerajaan digital, latihan pengputaran serta penilaian celik digital.

Usaha ini bertujuan untuk melahirkan pejawat awam yang berkemahiran tinggi dan mampu mengendalikan perkhidmatan kerajaan secara digital yang cekap.

Frequently asked questions

Kelantan berada di kedudukan pertama negara dalam pengeluaran madu kelulut dengan jumlah pengeluaran sebanyak 297.6 tan.

Agenda pendigitalan Kelantan dipandu oleh Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Kelantan 2030.

Seramai 4,159 orang usahawan telah menerima manfaat daripada Tabung Usahawan Wanita.