KelantanTV · Transcript · · Updated
📢 LIVE Sidang DUN Kelantan (Belanjawan) Hari 2/5- Sesi Pagi Soal Jawab- 9 Nov 2025 – Transcript
Video by KelantanTV · Watch the original on YouTube
Summary
AI-generated from the transcript. Verify details against the source video.
- Kerajaan negeri Kelantan memastikan agar semua dasar ekonomi patuh syariah sepenuhnya dan pengurusan kewangan negeri bebas riba.
- Kerajaan negeri Kelantan melaksanakan pelbagai langkah dan usaha strategik bagi memperkukuh ekosistem bola sepak di peringkat dasar serta akar umbi.
- Kerajaan negeri mempunyai perancangan dan telah menjalankan pelbagai inisiatif dalam usaha mewujudkan zon pelancongan berasaskan produk pertanian tempatan.

Use this video with Pro
Reading, copying and transcript downloads are free. Create saved AI results for this video with a signed-in Pro account ($9/month).
Transcript
Search ignores accents. All transcript text stays visible.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan kali ketiga belanjawan bagi tempoh penggal ketiga Dewan Negeri Kelantan ke-15 hari kedua. Al-Fatihah.
Susunan urusan persidangan yang pertama, doa. Auzubillahim minasyaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Segala pujian itu bagi Allah yang memiliki dan memerintah seru sekalian alam yang amat pengasih dan maha adil kepada rasul-rasulnya rahmat dan kesejahteraan dan juga kepada sekalian orang yang taat dan kepercayaan. Ya Allah, ya Rahman, Engkau dengan tinggi hikmah dan maha kebajikan telah meletak
dan menanggung ke atas pemerintah dan ahli-ahli majlis permyuaratan sebesar-besar amanah dan setinggi-tinggi kewajipan bagi mentadbir maslahah dan kebahagiaan pergaulan yang meliputi sekalian penduduk negeri Kelantan dengan nikmat keadilan dan kemakmuran. Ya Allah, ya Rahman, Engkau telah perkenan dan pilihkan kami sekalian menjadi ahli Dewan Negeri Kelantan menyempurnakan kewajipan yang Engkau amanahkan bagi
kebahagiaan rakyat Kelantan. Maka limpahkanlah taufik dan anugerahkanlah hidayah ketika kami berunding dan menimbang sesuatu masalah yang dibentangkan dengan tulus, ikhlas dan adil saksama. Mudah-mudahan bertambah-tambah kesejahteraan dan kemakmuran bagi sekalian penduduk negeri Kelantan. Rabbana taqabbal minna innaka antas samiul alim. Waakhiru dawana alhamdulillahi rabbil alamin.
Susunan urusan persidangan yang kedua, soalan-soalan yang diberitahu. Soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapat jawapan mulut. Dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Pasir.
>> Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Datuk Speaker mohon jawapan kepada soalan saya nombor satu. >> Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Adom Pengkala Pasir yang mengemukakan soalan yang pertama sekejap tadi.
Qalallahu taala, walau anna ahlal qura amanu wattaqau lafatahna alaihim barakatim minas samaai wal ard.
Maksudnya kalaulah ahli penduduk sesuatu negeri itu benar-benar beriman dalam erti kata yang sebenar wattaqau dan benar-benar bertakwa kepada Allah.
Lafatahna alaihim barakatim minasamaai wal ard. nescaya ataupun pasti kami akan bukakan kepada mereka pintu keberkatan daripada langit dan bumi.
Kerajaan negeri di bawah dasar penghayatan pembangun bersama Islam sentiasa istiqamah memastikan setiap aspek pentadbiran dan program rakyat berpaksikan kepada kehendak al-Quran dengan harapan agar negeri ini terus dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah Subhanahu Waala.
Syarat Allah Taala beri keberkatan disebut dua sebagaimana ayat yang saya sebut dalam mukadimah sekejap tadi. Yang pertama aman beriman.
Beriman dengan iman yang sebenar sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah sallallahaihi wasallam. Sallallah laisal imanu bitamanni walakin ma waqara fil qalbi wasaddaqahul amal.
Iman itu bukanlah semata-mata dakwaan atau pernyataan. Bila kita menyatakan, kita mengaku kita beriman, apakah di sisi Allah dikira beriman? Tidak. Rasulullah menyebut iman itu ialah ma waqara filq. Ma waqar filqi.
Suatu keyakinan yang ada dalam hati. Wasaddaqahul amal. Dan dibenarkan melalui tindakan, melalui amalan. Iman macam ni akan menurunkan rahmat.
wattaqu. Dan kalau penduduk suatu negeri itu benar-benar bertakwa, takwa yang sebenar disebut oleh Saidina Ali karramallahu wajha, attaqwa hual khaufu minal jalil warriha bilqalil wal amalu bit tanzil walistiad liyaumir
rahim. Saidina Ali menggariskan empat ciri takwa. untuk melayakkan seorang itu di diakui diiktiraf sebagai orang yang benar-benar bertakwa iaitu yang pertama takut kepada Allah.
Yang kedua reda dengan pemberian Allah walaupun sedikit kita reda. Yang ketiga beramal dengan undang-undang yang diturunkan oleh Allah. Yang keempat, melakukan amalan di dunia sebagai persediaan untuk kita berdepan dengan Allah di hari akhirat dalam semua setiap
aspek aktiviti kehidupan kita. Dalam ibadah kita, muamalah kita, siasah politik, pemerintahan, munakahat dari segi hukum nikah kahwin, semua jinayah dari segi undang-undang jenayah.
Dan inilah yang kita nak dilaksanakan di negeri Kelantan dan kita telah melaksanakan dan kita istiqamah melaksanakan. Kerajaan negeri telah melaksanakan konsep pengurusan ikhtilafi melalui lima ciri utama ini yang telah kita buat. Yang pertama, hawariyun pendukong kepada perjuangan yang suci.
Yang kedua, kafaah akhlak islami dan integriti sebagai asas kepada pengurusan ikhtirafi. Yang ketiga, wafaun bil ahdi iaitu keinginan untuk mencapai piawaian yang terbaik dalam semua tindakan.
Yang keempat, himmatul amal. Mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam profesion. Dan yang kelima, hafazah memelihara dan meningkatkan imej profesionen. Untuk makluman Yang Berhormat, kini kerajaan negeri dalam tempoh pelaksanaan modul ikhtilafi kepada semua penjawat awam negeri Kelantan, kerajaan negeri juga menerusi
bahagian pengurusan sumber manusia sedang melaksanakan program sijil tasawur Islam. Sehingga kini sebanyak empat siri telah diadakan melibatkan 127 orang pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional. Program Diploma Eksekutif Tasawuf Islam 20189
bermula 30 Januari bermula 30 Julai 30 Julai 2008 yang melibatkan seramai 30 orang pegawai terpilih daripada 127 orang pegawai.
Kedua, dalam aspek ekonomi, kerajaan negeri memastikan agar semua dasar ekonomi patuh syariah sepenuhnya. Sepenuhnya. Kita semua masih ingat waktu almarhum a tuan guru a Datuk Bentara Kanan, Datuk Bentara Setia
Tok Gud Aziz diberi bandat amanah mentadbir negeri Kelantan. Tok Guru minta kepada Datuk Pegawai Kewangan Negeri supaya semua duit-duit er dalam bank dipindahkan dalam bank-bank yang lain dipindahkan kepada perbankan Islam.
semua sekali ini cerita ni semua orang tahu sehingga pengurus-pengurus bank datang bertemu dengan tok guru merayu nyayalah kita nak meniaga kalau kerajaan buat keluar semua duit masuk bank Islam belaka tok guru kata saya diberi mandat oleh rakyat dan yang paling utama Allah memerintah supaya
kita tidak terlibat dengan riba diharamkan Kan? Wa aahallallallahul bai wa harramar riba. Allah Taala menghalalkan jual beli, mengharamkan riba. Tok guru sebut pernah saya dengar daripada mulut tok guru sendiri pegawai-pegawai bank tak minum air. Nak royak tak puas hati akad air dalam perjumpaan tok guru air pun tak minum.
Tak puas hati dengan arahan tok guru. Tapi mereka balik ke ibu pejabat masing-masing bermesyuarat. Akhir sekali semua bank-bank buka kaunter Islam. Alhamdulillah. Makna itu suatu kejayaan walaupun kita hanya pegang satu negeri. Jadi sekarang ni kita memang kita tak benarkan a terlibat dengan a a bank-bank yang terlibat
dengan riba. Kita tidak berurusan ah kecuali kaunter Islamik. Tak apa. Pengurusan kewangan negeri bebas riba sejak tahun 90 sampai hari ini dan insya-Allah sampai bila-bila. Benda yang baik ni kena teruskan.